Keberanian dan kecekalan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan itu wajar dihayati dan dihargai kerana sifat kepahlawanan mereka telah membawa kebebasan hari ini untuk mencorakkan masa depan negara tercinta.
Pendahuluan
Malaysia sangat bertuah kerana rakyat berbilang kaum dan agama dapat hidup bersama-sama tanpa halangan atau rintangan. Rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan yang pesat. Hal ini menggambarkan bahawa rakyat kita begitu toleran dan saling menghormati agama masing-masing. Sifat toleran inilah yang membawa kepada keamanan negara. Suasana keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara sehingga menyebabkan banyak negara cemburu akan kejayaan tersebut. Apa-apa pun rakyat Malaysia tidak seharusnya alpa, malah sentiasa berusaha untuk mengekalkan sifat toleransi ini dan berhati-hati terhadap sensitiviti masing-masing. Sebagai warga negara Malaysia, kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Maka dengan itu, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mengekalkan keamanan tersebut.
Rakyat diminta mengekalkan keamanan negara dan keharmonian antara kaum kerana tanpanya mereka tidak mungkin dapat melakukan perkara-perkara asas dan penting termasuk mencari rezeki. Kedua-dua elemen itu merupakan elemen penting bagi membolehkan rakyat menjalankan kehidupan seharian. Rakyat tidak akan rugi apa-apa dengan berbuat demikian sebaliknya akan mendapat banyak kebaikan kerana keamanan adalah sesuatu yang bernilai. Jika nikmat keamanan hilang, maka kita semua akan hidup dalam keadaan sengsara, miskin dan menderita seperti di sesetengah negara di dunia ini. Kita tahu betapa azab dan deritanya orang di Somalia misalnya yang telah hilang nikmat keamanan dan kemakmuran disebabkan faktor permusuhan dalam kalangan mereka. Semasa negara lain di dunia mengalami ketidaktenteraman berikutan masalah peperangan, Malaysia tetap berjaya mengekalkan keamanan sosial, ekonomi, dan politiknya. Keadaan itu banyak didorong oleh usaha pelbagai pihak dalam mengekalkan keamanan negara. Perlu kita sedari bahawa akhir-akhirnya pelbagai jenayah berlaku dalam negara kita. Keamanan yang kita nikmati sekian lama semakin hari semakin terancam.
Pelbagai kes yang membabitkan jenayah, penyalahgunaan, pembunuhan kejam, permasalahan sosial remaja, isu keagamaan, dan seumpamanya terus meningkat. Sehubungan dengan hal itu, setiap rakyat perlu memainkan peranan dalam memastikan keamanan negara terpelihara sebagai menghargai jasa mereka yang telah berkorban untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Perjuangan dan pengorbanan tokoh dan pemimpin terdahulu Bahaman, Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, dan Tun Sambanthan wajar dihargai dan dihayati. Keberanian dan kecekalan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan itu wajar dihayati dan dihargai kerana sifat kepahlawanan mereka telah membawa kebebasan hari ini untuk mencorakkan masa depan negara tercinta. Telah tiba masanya untuk kita pula menyambung perjuangan mereka dalam mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara.Kita juga perlu mempertahankan kedaulatan tanah air kita ini dengan sebaik-baik mungkin agar anak-anak dan generasi seterusnya akan turut dapat mengecapi kebebasan seperti yang kita miliki sekarang. Sehingga hari ini, negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat walaupun sesekali sekali digembargemburkan dengan isu-isu perkauman, demonstrasi jalanan dan sebagainya. Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keamanan dan keselamatan awam, serta akan memastikan undang-undang negara terus dipelihara.
Mengupas dengan lebih lanjut tentang Transformasi Sistem Pendidikan Negara dalam E@Siswa Nov ini.
Wednesday, November 17, 2010
Mengekalkan keamanan negara
Posted by Sedomon Family at 5:43 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment