Selamat datang ke kampung halaman Sedomon. Di sinilah tempat kami bermesra lolololo, bergurau senda bagai nak gila, berkongsi cerita macam keluarga. Join lah kami macam satu family. Anda boleh membaca, mengomen, membebel, mahupun memaki hamun di sini. (Ehh, jap! maki hamun tak boleh ek). Jika tak suka pun ape susah, just close je lah blog nih. Kami pun tak perlu pembace yg tak eco-friendly macam anda. Sekian wassalam dan selamat beramal. =)

Wednesday, November 17, 2010

kami masih hidup!

assalamualaikum w.b.t

walaupun si selami kontroversi yang banyak...sebenernya kami masih lagi "bersiaran"..kami menafikan kebanyakan orang yang mengatakan blog ini seperti 'gajah putih', ala-ala 'nasi sudah menjadi kubur', 'bagai kacang lupakan kulit'. untuk pengatahuan pembaca kami sentiasa bersama dengan anda..tetapi disebabkan kehidupan seorang pelajar yang sentiasa mencari keredaan ilahi dan melakukan ibadah Ilmu,25 jam sehari! tidak kira cuti ataupun sekolah( waktu sekolah dikhususkan untuk belajar sahaja okey..)

baiklah..kita sambung perbincangan kita dengan isu-isu yang sentiasa menjadi masalah di hati remaja. berikut merupakan sumber daripada majalah remaja..


Padah Online 24 Jam

Saban hari lahir pelbagai teknologi serba moden yang diwujudkan demi memudahkan kehidupan manusia ERA ini. Walau bagaimanapun ada segelintir manusia masih tidak bijak menggunakan kemudahan yang ada ini secara bijak sana.

Kehadiran Internet ternyata menjadikan kehidupan kita hari ini jauh lebih mudah. Mahu mencari informasi tentang apa pun, hanya perlu menaip pencarian kamu itu di papan kekunci dan ‘klik,’ jawapan akan langsung terpapar di skrin komputer atau telefon bimbit pintar milikmu. Ingin berkomunikasi atau berhubung dengan rakan-rakan lama? Kamu boleh mengaplikasikan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan banyak lagi. Malah jika kamu ingin berbelanja, muat turun lagu, urusan pembayaran/perbankan mahupun memaparkan foto, semuanya boleh kamu lakukan secara online dengan Internet!

Jadi tidak hairanlah jika kehidupan hari ini dirasakan begitu sukar jika tiada Internet. Lebih-lebih lagi semenjak penggunaan BlackBerry semakin rancak diperkatakan. Tidak salah jika kamu ingin menggunakan Internet ini, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ketagih kerana ia akan menyusahkan diri kamu sendiri.


KETAGIHAN?

Individu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih Internet jika seluruh kehidupannya tertumpu untuk menggunakan Internet sahaja sehingga mengganggu kehidupan peribadi, sosial dan bermasyarakat. Istilah ketagihan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jika individu cuma membuka Internet sekali-sekala, perlakuan tersebut masih dikategorikan wajar. Ketagihan hanya boleh dilabelkan kepada individu yang tidak boleh bekerja atau bersosial kerana terlalu sibuk dengan internet sepanjang masa. Contohnya, mangsa akan memulakan aktiviti hariannya dengan Internet sejak dari awal pagi sehingga membuatkannya malas ke kolej atau pejabat. Ataupun, sepanjang berada dalam mesyuarat, si mangsa tidak pernah lekang dengan telefon pintar miliknya. Perlakuan tersebut memang tidak wajar.


REALITI YANG TAK INDAH


Rata-rata mereka yang ketagihan Internet ini berpunca daripada rasa ‘puas’. Kepuasan itu hanya akan mereka peroleh menerusi dunia maya! Secara realitinya, si mangsa mungkin memiliki keperibadian yang agak pemalu. Namun di alam maya, karakternya adalah sebaliknya. Tidak memiliki ramai teman dalam kehidupan nyata? Segala-galanya boleh berubah menerusi Internet. Mangsa boleh berbual dengan ratusan atau ribuan teman baru setiap hari. Ingin menghiburkan diri ke luar negara tetapi tiada simpanan yang mencukupi? Hanya dengan melayari laman-laman web tertentu sesiapa sahaja boleh menikmati gambar-gambar indah negeri atau negara yang ingin dilawati tanpa perlu berbelanja. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah browsing.

PENURUNAN KUALITI HIDUP

Jika sudah ketagihan, tentu banyak impak negatif yang bakal terjadi. Baik dari kesihatan, ekonomi hinggalah kehidupan sosial individu. Terlalu lama merenung komputer sewaktu menggunakan Internet, boleh mengakibatkan computer vision syndrome iaitu pandangan menjadi kabur serta timbulnya gangguan lain pada mata.



BELILAH MAJALAH SOLUSI..wadah umat islam kontemporari.



sekian..wassalam

0 comments: