Selamat datang ke kampung halaman Sedomon. Di sinilah tempat kami bermesra lolololo, bergurau senda bagai nak gila, berkongsi cerita macam keluarga. Join lah kami macam satu family. Anda boleh membaca, mengomen, membebel, mahupun memaki hamun di sini. (Ehh, jap! maki hamun tak boleh ek). Jika tak suka pun ape susah, just close je lah blog nih. Kami pun tak perlu pembace yg tak eco-friendly macam anda. Sekian wassalam dan selamat beramal. =)

Tuesday, December 29, 2009

ikhlas dari dasar hatiku..


Sahabatku...
engkau sahabat sejati yang kumiliki,
sentiasa menemaniku susah dan senangku,
kau selalu dipangkuanku..
sahabatku..
di dalam liku hidup ini,
aku berjalan mencari erti kehidupan,
aku berjalan mengenal erti kebahagiaan,
erti keperitan,
semakin aku dekat dengan jalan-jalan yang sukar,
semakin ingatanku terhadapmu kian mencengkam rusuk hatiku,
terlalu dalam..
untuk kau sentiasa mempertahankanku..
semakin aku dekat dengan jalan-jalan yang membahagiakan,
semakin ingatanku terhadapmu bagai hama yang berterbangan,
hilang ditiup angin..
entah ke mana..
namun, aku sedar aku bersalah..
bersalah meninggalkanmu keseorangan..
kini aku mengenal erti keperitan..
aku belajar erti penyesalan.
namun, segalanya telah terlambat..
kerana engkau telah terlalu jauh..
terlalu jauh untukku jangkau..
terlalu dalam untukku paut..
kepergianmu sangat kukesali,
mengapa aku tidak sedar akan kehadiranmu dalam kamus hidupku,
mengapa aku tidak sedar akan pemergianmu yang mematikan separuh diriku??...
namun,
setelah aku tahu semuanya,
engkau sudah tiada dipangkuanku lagi,
hilang bagai hama ditiup angin..

persahabatan sejati tidak akan pernah berakhir..




Hidup berakhir ketika kamu berhenti bermimpi,

Harapan berakhir ketika kamu berhenti percaya,

Cinta berakhir ketika kamu berhenti memberi perhatian,

Persahabatan berakhir ketika kamu berhenti berbagi,

Jadi berbagilah dengan orang yang kausayangi,

Aku pilih tuk berbagi DENGANMU,

Maafkan orang yg melukai hatimu,

Dan jangan sakiti hati orang yang mencintaimu,

Jangan menangis kepada seseorang yang tidak menangisimu,

Teman baik sukar ditemukan,

Lebih sulit ditinggalkan,

dan tidak mungkin dilupakan,

Setiap orang akan hadir dan keluar dalam kamus hidupmu,

Tapi hanya "teman" yg meninggalkan jejak indah dihatimu..



Sunday, November 15, 2009

activity week form 2





Sunday, October 18, 2009

tag sesuka hati anda D

Friday, September 18, 2009

Perutusan Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum w.b.k. Segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya serta para sahabat.
Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya kita semua masih berkesempatan berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1428H. Semoga ibadah puasa kita dalam bulan penuh keberkatan in memberi keinsafan, kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

Aidil Fitri menjelang tiba dan kita semua akan meraikannya sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, Aidil Fitri amat bererti kepada kita semua kerana ia merupakan wasilah untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Lupakan sengketa lama dan maaf bermaafan adalah amalan mulia yang dituntut oleh agama. Sabda Rasullullah s.a.w. "Hendaklah kamu bersungguh-sungguh pada Aidil Fitri ini melakukan sedekah, melakukan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, berzakat, bertasbih, bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah s.w.t. melihat kamu dengan rahmat."

Kepada saudara dan saudari yang akan balik berhari raya di kampung dengan menggunakan kenderaan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Pandu dengan cermat dan berhati-hati. Saya mendoakan semoga saudara dan saudari selamat sampai ke destinasi dan seterusnya merayakan Aidil Fitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Dengan kesempatan ini saya dan semua ahli keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Jangan lupa nak ulang kaji, PMR sudah hampir.

Ikhlas dari meja presiden,
MUHAMMAD NASRUL IZZATI BIN ZAHARI

Wednesday, September 16, 2009

2 PUAK BERPERANG PUNCA 1 RACUN

Huhh...lega rsenye...lepas post-trial...

ok2...

welcome back 2 our blog smpena nk cuti raye ni...
haha...
jap2!!

dgr cite mse nk post trial ari tu ade 2 puak bgadohh...
hmmm...x tau la ape nk dgadokn...yg satu puak mmg femes antra batch...yg satu lg...hu..ketuanye mmg sempoi (Unduk Ngadau 3A)..haha...

cite nye camni...

pd satu ari, ada saorang warden yg bertugas pd wktu inspection (fham2 sndri la)..dia memang kejam karana telah mendenda budak2 form TIGA walaupun kami sedang bz dgn slot2 yg bengong itu...

jadi, kami pon terpaksa didenda untuk mengangkat tilam seperti 'sistem kerah' yg diamalkn semasa zman pmrintahan Melaka (revision sejarah)..

satalah itu, kami pon bersiap sedia utk ke kelas..

puak Unduk Ngadau pon tibe di kelas...pd ari kajadian, ada saorang budak dtg lalu berkata "wey, tau x...sume bnda ni jd dsbbkn sorg ni..dye yg mnybbkn kte kne dnda..nk tau spe??"

puak Unduk Ngadau pun tertanya-tanya siapa gerangan org trsbut...

ada yg brkata ".....??"(maaf!!drhsiakan nmanya)
ada yg brkata ".....??"(maaf!!drhsiakan juga)

budak itu pun mnjwab "bukan2!!dye tu .......(rhsia)"

jd, puak Unduk Ngadau beredar dan pergi ke bilik kuliah...

setibanya puak Unduk Ngadau tiba di bilik kuliah, mereka pun bersuka ria...

tiba2...puak FEMES tadi dtg kepada puak Unduk Ngadau dan marah kepada slh saorang ahli puak Unduk Ngadau...

puak Unduk Ngadau ape lagi mengamok la....
dh la ada rmai budak laki...

sejak dr ari kejadian, kedua-dua puak tersebut berperang sesama sendiri...
malah, puak Unduk Ngadau memBOIKOT 2 orang yg menjadi ahli baru puak FEMES..
namun, kasihan pada Cik F yg mrupakan ahli bru trsebut krna dye tdak berslah sbnrnya...
yg mnjdi dalangnya ialah Cik A...

keadaan ini telah menjejaskan ke'unity'an batch form TIGA ini...
sehingga 17 Septembar 2009, akhirnya, kedua-dua puak ini memeterai satu perjanjian..

isi kandungan perjanjian Unduk Ngadau-FEMES 2009:

-kedua-dua pihak bersetuju untuk berbaik semula
-tiada lagi persengketaan antara 2 puak tersebut
-kedua-dua pihak bersetuju untuk menghancurkan 1 RACUN yg mnjadi dalang peristiwa yg
berlaku

satalah itu, kedua-dua puak berbincang dengan 1 RACUN itu..

namun, yg mghmpakan...
RACUN itu trlalu ego shgga mnybbkn semua orang marah...
(hmpir2 mkanya pecah dtumbuk Unduk Ngadau's Guard)

akhirnya, kes itu berakhir begitu sahaja tnpa sabarang pertumpahan darah...
setiausaha Unduk Ngadau yg akn mnyettlekn RACUN itu....

MORALNYA....
-kte hndaklah mengamalkan sikap siasat bru serang, bkn KEMPEITAI (seksa dulu,baru siasat)
-kte haruslah bermaaf-maafan terutama sakali nk raye n pmr ni...x elok gado2!!

sakian, skrip picisan oleh salah saorang ahli Unduk Ngadau...

akhir kata,

SALAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN...

GOOD LUCK 4 PMR!!!!

Friday, August 21, 2009

Measat-3a dilancarkan, kebanggan teragung

Bertempat di Baikonur Cosmodrome yang terletak di Kazakhstan, MEASAT-3a akan dilancarkan menggunakan roket kenderaan pelancar Zenit-3SLB.

Baikonur Cosmodrome terkenal sebagai pusat pelancaran yang meletakkan satelit pertama dunia dan juga angkasawan pertama, Yuri Gagarin ke orbit yang mengembara di angkasa melalui pesawat Vostok 1 pada 12 April 1961.

Bagi Malaysia, Baikonur Cosmodrome sebelum ini mencatatkan sejarah apabila menyaksikan mikrosatelit negara yang pertama iaitu TiungSAT-1 dilancarkan pada 26 September 2000.

TiungSAT-1 yang diambil sempena nama burung tiung antara lain digunakan untuk mencerap bumi selain tujuan komunikasi.

Dan yang paling diingati tentang Baikonur pastinya kerana ia menjadi tapak pelancaran Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa atau lebih tepat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Selain itu, Baikonur juga merupakan tapak pelancaran MEASAT-3 manakala MEASAT-1 dan MEASAT-2 pula dilancarkan di Pusat Angkasa Lepas Guiana (CSG) Arianespace di Kouru, French Guiana.

MEASAT-1 dilancarkan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996 dan 10 bulan kemudian, iaitu pada 13 November, menyusul pula MEASAT-2.

Kedua-duanya dilancarkan dengan perbelanjaan sebanyak RM600 juta. Sesuai dengan tempoh jangka hayat yang semakin menghampiri penghujungnya, ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat serta bagi memenuhi kehendak pengguna, maka MEASAT-3 mengambil kedudukan tersebut.

MEASAT-3 yang melibatkan nilai pelaburan RM1 bilion itu dilancarkan pada 12 Disember 2006 dan dijangka berada di orbit selama 15 tahun. Sementara itu, satelit terbaru yang bakal dilancarkan 22 Jun ini iaitu MEASAT-3a pula direka bentuk dengan objektif untuk ditempatkan bersama-sama dengan MEASAT-3.

"Satelit keempat milik Measat itu akan menjadi pelengkap kepada kemampuan MEASAT-3 yang kedua-duanya diletakkan di lokasi orbit utama organisasi itu iaitu 91.5 Longitud Timur.terima kasih kepada Measat kerana bekerjasama dengan kelas kami", kata Presiden kelas 3A ketika sambutan majlis kesyukuran di Blok Akedemik 3A.

Sunday, August 16, 2009

Serik kene tangkap, tak serik buat lagi

Bertemu kita lagi selepas peperiksaan yang begitu menyusahkan dan mencabar.
sejak belakangan ini, kita sudah tahu banyak sangat kes-kes disiplin dalam kalangan kita ni. bukan apa kita pun dah tahu siapa orangnya sebelum mereka kena. 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga', beginilah situasi sekarang. Kenapa remaja sekarang suka sangat pada benda2 yang haram ni? kita pun terkejut rupa-rupanya ada jugak 'muka baru' dalam industri jenayah ini. sungguhpun begitu, ini merupakan iktibar dan ujian besar kepada kita bahawa sentiasa berwaspada akan sekeliling apatah lagi menjelang PMR bulan 10 ini.
Satu lagi nak beritahu tentang selepas kes ini selesai apabila mereka sudah pun habis bertarung dengan setiap kali kena buat 'autograf' dan seorang lagi kene kuarintin. memang susah untuk kita mengubah sikap orang , lebih2 lagi bila orang 2 dah buat kes. Betul, bila kita nak buat kesedaran sikit, dah mereka terasa dan mengubah persepsi masyarakat sekeliling. mereka cuma diam sahaja tetapi, kawan dia yang tak terlibat langsung mula untuk backup diorang demi menjaga persahabatan mereka.
Selepas kes itu selesai, mulalah mereka nak buat jugak perkara yang tak sihat ni. la.. ingatkan bila dah bagi hukuman 2 berubah lah mereka, tetapi nak buat lagi. Ish3..memang sayang betullah kepada tiga orang gadis ini. Cik Nikotin, miss tobacco dan siti carcinogen.itulah kalau kita nak ubah sikap mereka fikir dahulu.. Boleh Ke???. Biarlah..leave it 2 profesional yang dapat insafkan mereka misalnya, Dr.canser,dan Prof.asthma.
Diharapkan supaya generasi belia ini dapat mengatasi masalah ini sebaiknya dan seterusnya diberkati oleh keluarga, warga pendidik dan rakan-rakan.'selamat menghadapi peperiksaan, selamat bercuti dan selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak'_AAI_09



-Dengarnya, musim Influenza ni ramai orang balik sebab takut exam ke ada ''plan'' lain?-

Friday, July 3, 2009

SELAMAT DATANG!

terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada unit multimedia 3A MRSMPS kerana melancarkan blog pertamanya iaitu, sedomon.blogspot.com. saluran ini merupakan wadah kepada pelajar tentang apa-apa sahaja yang berkaitan tentang kelas kita semua. diharapkan anda memberikan respon yang bagus dan baik. wadah penuntut pelajar sekolah terbilang!

Saturday, June 27, 2009

Always There For Me

I look around my room, and I see hundreds of faces. All over my walls are pictures of smiling moments, dramatic moments, teasing and playful moments. They scream with characters or whispers of adventure or mischief. They each have their own personality, but in many of them is the same person standing right next to me, many times holding me up. She is my identical twin sister, Sarah.

Sarah and I have never been apart for more than 48 hours. From the moment we were born, she has been the bigger one, the stronger one, the one most likely to take the brunt of a conflict and shield me from pain. We have gone through every aspect of our lives together, but sometimes that doesn't make life all peaches and rosebuds.

Two years ago, Sarah and I started to board a plan for our cross-country trip to California. I thought my heart was going to pound right through my chest. I could hear the blood rushing through my veins as I saw my parents' faces get swallowed up in the hustle and bustle of the terminal. As our sat in our seats, it felt like adrenaline alone was going to propel me right off the runway. Just then, I felt a warm pressure of my hand. Sarah was holding it firmlw while gazing out the window.

"Just grab my hand, Kelley," she said assuringly. "It'll be okay." And I believed her. I knew she would never lie to me. I knew that, after it all, she would be there for me.

We've gone through even rougher times together. I was there beside her last summer when her friend broke things off so abruptly that neiteher she nor I had known it was coming. I watched her sob on the weather-beaten picnic table in the backyard and between birdcalls, mosquitoes buzzing as I ventured out onto the grass. Coming along besides her, I felt my heart tear as I saw her red, swollen eyes and clenched fists. I pulled out a wad of Kleenex and offered it to her.

We didn't say anything for a while. I just sat beside her on the picnic table and listened to her raspy breathing. Nobody else knows her breathing. They haven't listened to seventeen years of it at night, while she's reading or watching a movie. Every breath she takes in a sign of the most profound and special friendship I've got. Having a sister as friend has meant the world to me, but having a soul mate who knows every nuance of my spirit has allowed me to survive, to live and to be happy. She's there for me, and I have tried to be there for her, too. I think my sister says it best in the heart-shaped stained-glass sun catcher she gave me years ago. It says simply ; "CHANCE MAKE US SISTERS; HEART MAKE US FRIENDS."

why we are FRIENDS?

why we are friends?

because....we smile together
because....you understand just by looking into our eyes
because....you finish our sentences and know what we like
because.....you know us better than you know yourself
because....being with you we are not afraid to be ourselves
because....we can say something stupid or exposed our deepest secrets to us
because....everything we do together becomes a memory
because....we don't need to do something special to have fun...fun just happens
because....we don't need to explain everything....you just know...
because....we tell you the truth no matter how much you'd rather not hear it
because....we would do anything for you and get you out of trouble
because....we make you laugh than anyone
because....we are not afraid to put ourselves on the line for you
because....we can trust you
because....we believe in our dreams no matter how silly they may seem
because....we dry our tears
because....we are good enough when we are with you
because....WE LOVE YOU for who you really are

A friendship greeting from 3A to you (dear readers (~_0))