Assalammualaikum w.b.k. Segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarganya serta para sahabat.
Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya kita semua masih berkesempatan berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1428H. Semoga ibadah puasa kita dalam bulan penuh keberkatan in memberi keinsafan, kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
Aidil Fitri menjelang tiba dan kita semua akan meraikannya sebagai tanda kesyukuran di atas kejayaan beribadah di bulan Ramadhan. Sesungguhnya, Aidil Fitri amat bererti kepada kita semua kerana ia merupakan wasilah untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Lupakan sengketa lama dan maaf bermaafan adalah amalan mulia yang dituntut oleh agama. Sabda Rasullullah s.a.w. "Hendaklah kamu bersungguh-sungguh pada Aidil Fitri ini melakukan sedekah, melakukan segala bentuk kebaikan dan kebajikan seperti solat, berzakat, bertasbih, bertahlil kerana sesungguhnya hari ini adalah hari yang Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah s.w.t. melihat kamu dengan rahmat."
Kepada saudara dan saudari yang akan balik berhari raya di kampung dengan menggunakan kenderaan, pastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Pandu dengan cermat dan berhati-hati. Saya mendoakan semoga saudara dan saudari selamat sampai ke destinasi dan seterusnya merayakan Aidil Fitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.
Dengan kesempatan ini saya dan semua ahli keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Jangan lupa nak ulang kaji, PMR sudah hampir.
Ikhlas dari meja presiden,
MUHAMMAD NASRUL IZZATI BIN ZAHARI
Friday, September 18, 2009
Perutusan Hari Raya Aidilfitri
Posted by Sedomon Family at 10:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment