Bertempat di Baikonur Cosmodrome yang terletak di Kazakhstan, MEASAT-3a akan dilancarkan menggunakan roket kenderaan pelancar Zenit-3SLB.
Baikonur Cosmodrome terkenal sebagai pusat pelancaran yang meletakkan satelit pertama dunia dan juga angkasawan pertama, Yuri Gagarin ke orbit yang mengembara di angkasa melalui pesawat Vostok 1 pada 12 April 1961.
Bagi Malaysia, Baikonur Cosmodrome sebelum ini mencatatkan sejarah apabila menyaksikan mikrosatelit negara yang pertama iaitu TiungSAT-1 dilancarkan pada 26 September 2000.
TiungSAT-1 yang diambil sempena nama burung tiung antara lain digunakan untuk mencerap bumi selain tujuan komunikasi.
Dan yang paling diingati tentang Baikonur pastinya kerana ia menjadi tapak pelancaran Soyuz TMA-11 yang membawa angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa atau lebih tepat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.
Selain itu, Baikonur juga merupakan tapak pelancaran MEASAT-3 manakala MEASAT-1 dan MEASAT-2 pula dilancarkan di Pusat Angkasa Lepas Guiana (CSG) Arianespace di Kouru, French Guiana.
MEASAT-1 dilancarkan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996 dan 10 bulan kemudian, iaitu pada 13 November, menyusul pula MEASAT-2.
Kedua-duanya dilancarkan dengan perbelanjaan sebanyak RM600 juta. Sesuai dengan tempoh jangka hayat yang semakin menghampiri penghujungnya, ditambah pula dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat serta bagi memenuhi kehendak pengguna, maka MEASAT-3 mengambil kedudukan tersebut.
MEASAT-3 yang melibatkan nilai pelaburan RM1 bilion itu dilancarkan pada 12 Disember 2006 dan dijangka berada di orbit selama 15 tahun. Sementara itu, satelit terbaru yang bakal dilancarkan 22 Jun ini iaitu MEASAT-3a pula direka bentuk dengan objektif untuk ditempatkan bersama-sama dengan MEASAT-3.
"Satelit keempat milik Measat itu akan menjadi pelengkap kepada kemampuan MEASAT-3 yang kedua-duanya diletakkan di lokasi orbit utama organisasi itu iaitu 91.5 Longitud Timur.terima kasih kepada Measat kerana bekerjasama dengan kelas kami", kata Presiden kelas 3A ketika sambutan majlis kesyukuran di Blok Akedemik 3A.
Friday, August 21, 2009
Measat-3a dilancarkan, kebanggan teragung
Posted by Sedomon Family at 1:47 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment