Selamat datang ke kampung halaman Sedomon. Di sinilah tempat kami bermesra lolololo, bergurau senda bagai nak gila, berkongsi cerita macam keluarga. Join lah kami macam satu family. Anda boleh membaca, mengomen, membebel, mahupun memaki hamun di sini. (Ehh, jap! maki hamun tak boleh ek). Jika tak suka pun ape susah, just close je lah blog nih. Kami pun tak perlu pembace yg tak eco-friendly macam anda. Sekian wassalam dan selamat beramal. =)

Wednesday, September 8, 2010

PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1431H/2010M





Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, sykur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat juga kita berjumpa dengan bulan Syawal ini yakni merupakan bulan kemenangan umat islam setelah berpuasa selama sebulan.

Rakan, Kawan, Sahabat, (dan seumpama dengannya)..
Hari raya aidilfitri ini bulan kemenangan umat islam yang bersusah payah mendalami, menjiwai ertinya puasa pada bulan kerohanian, bulan penghulu segala bulan iaitu Ramadan selama sebulan (Khususnya orang yang berjaya berpuasa sebulan!). jadikanlah bulan syawal ini merupakan bulan kebangkitan kepada kita supaya menperbanyakkan ibadah dan amal kebajikan selepas ini. tidak semestinya bulan ramadan saja buat ibadah 'hardcore' tapi lepas tu sudah down terus.

seprti kisah pada zaman Nabi SAW..semasa baginda menaiki tangga ke minbar untuk berkhutbah Malaikat Jibrail menberitahu kpd nabi.."Celakalah jika seseorang tidak beramal setelah meninggalkan bulan Ramadan..ucapkanlah Amin wahai Muhammad"..hal ini jelaslah menunjukkan bahawa ibadah ini bukan sahaja tamat pada bulan ramadan dan perlulah melakukan ibadah secara konsisten dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah. insyaAllah kita akan berjumpa bulan Ramadan pada tahum hadapan.

pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI/SALAM LEBARAN/EID MUBARAK kepada semua kawan/sahabat/rakan yang saya kasihi sekalian. maaf zahir dan batin saya memohon keampunan dari hujung rambut sampai hujung kaki, menyusun sepuluh jari pohon ampun dan maaf jika tersalah kata , perlakuan dan bahasa sepanjang tahun. jadikanlah hari lebaran ini memberikan seribu satu makna tentang kejayaan kita peda bulan puasa dan azam kita selepas keluar daripada Madrasah Ramadan yang mulia ini.

sekian terima kasih
1MRSM, Pelajar didahulukan, pelajaran diutamakan


b/p MOHAMMAD NASRUL IZZATI ZAHARI
ex-preident kelas 07-09.

0 comments: